Warna-Warni Dunia
Apa warna kegemaran anda? hehe.. Jomm tengok maksud di sebalik warna.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, tak terkecuali datin dan dato, setiap warna punya identiti tersendiri. Warna-warna kegemaran kita, punya makna tersendiri juga...
Ahli psikologi merumuskan bahawa warna kegemaran mencerminkan personaliti kita, yang sebahagiannya dirumuskan seperti berikut:
MERAH
Warna merah lebih banyak dimaknakan dengan kemarahan dan hawa nafsu. Individu yang gemar warna merah merupakan seorang yang berwibawa dan suka melindungi orang yang lemah.
(heee... nafsu yang baik.. harus dicontohi.. )
BIRU
Biru adalah manifestasi rasa keagamaa yang kuat, ketaatan dan cita-cita mulia yang ada pada diri. Individu biru sering dikaitakan sebagai seorang yang pemurung, menyenangkan dan pasif. Individu ni selalu mengharapkan kedamaian tetapi suka menyembunyikan perasaannya sehingga menghasilkan perhubungan interpersonak yang agak sulit.
(huh !? Biru warna kegemaran ana yang kedua. hmmm... setuju or tak?? hehe... ada betulnya juga..)
KUNING
Warna kuning banyak dikaitkan dengan kecerdasan. Gemar kepada warna kuning menunjukkan seseorang yang memiliki sifat optimis. Dia seorang yang periang, senang bergaul dan disukai oleh kawan.
(haaa... siapa minat warna kuning?? hehe..)
HITAM
Warna hitam lebih banyak diertikan sebagai fikiran yang negatif dan kadangkala memiliki jiwa yang bercelaru. Namun, individu ini sangat lincah dalam hal-hal tertentu. Jika berada dalam lingkungan yang tidak disukainya, dia akan berubah menjadi murung.
(Ada orang yang suka warna hitam kah?? belum pernah lagi ana jumpa..)
HIJAU
Warna hijau dikaitkan dengan sifat baik. Individu yang suka warna hijau cenderung sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dan udara yang sejuk dan selalu berpegang teguh pada prinsip.
(hehehe.... ana suka lihat hijau alam tapi tak gemar sangat warna hijau untuk benda2.. siapa yang suka?? ana nak suka pada dia.. kerna Rasulullah juga suka hijau.. ehehe...)
PUTIH
Individu yang menyukai warna putih mempunyai tingkat kerohanian yang tinggi. dia seolah-olah dilahirkan ke dunia dengan sempurna. Jika menyukai warna putih, ramai orang yang mengaguminya keran sifatnya yang anggun, idealis dan pekertinya yang tinggi. Tidak pernah angkuh, malah senang menolong siapa sahaja yang memerlukan.
(Tadaaaa~~ Inilah dia warna kegemaran ana yang pertama. So, jangan hairan kalau pakaian ana banyak warna putih.. huhu.. ana banyak pakaian warna putih.. tapi ana cuba untuk mengurangkan penggunaannya sejak kedapatan selalu pakai putih.. haha... tapi, betul ke apa analisis psikologi ni? hehehe..)
OREN
Individu yang menggemari warna oran selalunya bercita-cita tinggi.
(haha... harap maap penggemar oren.. ini saja hurainnya..)
COKLAT
Individu yang menggemari warna coklat dikatakan bersikap mementingkan diri sendiri.
(haha.. ni pun sama.. sikit saja huraiannya)
KELABU
Mereka yang menggemari warna kelabu selalunya nampak muram, sedih dan kadangkala ketakutan.
(Belum pernah jumpa orang yang minat kelabu..)
UNGU
Individu yang menggemari warna ungu memiliki peribadi yang benar-benar luar biasa. Dia selalu optimis. Dalam menghadapi masa hadapan, dia tak pernah ragu-ragu dan apa-apa yang dikerjakannya adalah yang terbaik.
(Waaaahhh.... Ana nak minat ungu juga.. boleh ke?? hehehe.. Tapi malangnya, ana tetap ana.. tak boleh transform jadi power ranger ungu. Personaliti diri ana sudah sebati dalam diri ana sendiri. hehe.. )
Banyak lagi cerita pasal warna.. Tapi untuk malam ni, ini sajalah dulu.. Ana nak pegi keja dulu.. huhu... Saja ana menyibuk buat post.. Cari something yang buat ana lupa keletihan ana.. Hari ni dah seminar dari pagi ke petang.. Malam pula ana kerja nak cari duit belanja.. hehe...
nota kecik:
Post ni ana buat b4 pegi keja tadi.. Tapi baru publish lepas balik dari keja.. hehe..
lagi nota kecik:
Saya sayang Nurul Amani.. So, sayangilah Nurul Amani juga.. huhuhuhu.. ana cakap apa ni?? (bingung sebentar dalam keletihan..)
aku suka hitam putih...hehe
ReplyDelete