Bismillah..
Melihat sahaja perkataan israeliyyat, bagi orang yang jarak hatinya jauh dengan alquran sebahagiannya pasti tercengang melopong barangkali mendengar perkataan ini. Adakah ianya negara Israel yang kejam itu? Adakah ianya satu jenis kain seperti songket untuk membuat baju raya? Ataukah ianya dari jenis kuih seperti kueh lompat tikam dan pinjaram dan linopot ?
Sebelum itu, duka saya maklumkan bahawa kini sungguhlah banyak kekeliruan masyarakat berkaitan dengan Israeliyyat ini.
Mari kita berkenalan dengan israeliyyat..apakah dia sebenarnya..saya tidak bermaksud untuk menerangkannya satu persatu kerana kekangan ilmu, saya cuma ingin berkongsi sekaligus menyimpulkan apa yang saya dapat daripada seminar yang dihadiri.
Isreaeliyyat bermaksud cerita-cerita atau peristiwa yang diambil daripada bani yaaqub/Israel, juga bersumber daripada Yahudi & Kristian dan yang jelasnya ia merangkumi cerita-cerita atau peristiwa yang tidak dapat dipastikan sumbernya serta tidak diyakini kebenarannya.
Ia banyak terdapat di dalam tafsir-tafsir quran dan ia diolah mengikut kehendak mufassir(orang yang melakukan penafsiran quran) itu sendiri. Ada yang menjelaskan sumber peristiwa dan ada yang tidak melakukannya.
Antara contoh cerita israeliyyat yang meresapi masyarakat hari ini adalah cerita Nabi Yusuf dan Zulaikha, jika diteliti terjemahan surah Yusuf itu, tidak ada diceritakan mereka akhirnya berkahwin dan hidup bahagia, namun yang ada di celah-celah pemahaman kita mereka berkahwin pada akhirnya. dan lagi, daripada mana datangnya nama zulaikha/zalikha itu sedang tidak disebut di dalam alquran dan mana-mana hadith?
Kisah nabi Daud pula diceritakan semasa baginda sakit, apabila ulat yang berada di kepala baginda terjatuh ke tanah, baginda mengambilnya kembali dan meletakkannya di atas kepala. Daripada mana semua ini didapati sedang tidak diceritakan di dalam alquran? jelasnya,daripada israeliyyat. lalu, bagaimana baginda berdakwah dalam keadaan sebegitu?
Lihatlah,ini boleh menjatuhkan maruah seorang nabi, kesan cerita Israeliyyat.
Ini baru dua kisah, terdapat banyak lagi yang sudah sebati dengan masyarakat.
israeliyyat memperincikan dan menjelaskan sesuatu peristiwa yang tidak disebut penuh di dalam alquran. Atas faktor itulah ia disukai oleh masyarakat. Bagaimanapun,Israeliyyat tidak diyakini sumbernya. Manakala alquran pula diturunkan sebagai pengajaran. Sebahagian peristiwa tidak diceritakan dengan penuh namun cukup untuk memberi 'ibrah. Ia diturunkan sebagai 'ibrah,'ibrah dn 'ibrah.
Analoginya, untuk saya pergi ke airport untuk pulang beraya contohnya,tidak perlu saya jelaskan satu persatu daripada saya keluar dari pintu bilik, memegang tombol pintu dengan tangan kiri, memulasnya dan melangkah kaki kanan untuk keluar. Begitu juga dengan alquran, ada yang disembunyikan daripada pengetahuan kita dan cuma Allah yang tahu. Adakala hati seseorang begitu teruja untuk mengetahui sesuatu cerita disebalik kisah di dalam alquran, namun ingatlah bahawa Allah telahpun menjelaskan bahawa bleh jadi sesuatu yang kita benci itu adalah kebaikan untuk kita, dan Dia Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu. Tambahan, terdapat lebih banyak perkara yang lebih utama untuk kita lakukan daripada mengejar cerita-cerita israeliyyat yang tidak diyakini sumbernya.
Namun ingin saya beritahu bahawa, terdapat hadis nabi yang tidak menyuruh untuk mempercayai israeliyyat tetapi tidak juga menyuruh untuk mendustakan. Imam assyafie pula membenarkan cerita israeliyyat yang diyakini bukan suatu pembohongan. Dan cerita israeliyyat terdapat 3 peringkat iaitu, sahih (riwayat yg b'tepatan dgn quran dan hadith), makzub(yg jelas b'canggah dgn quran dan hadith) dan mawqut/maskut(yg tidak diketahui kesahihan/kepalsuannya). Contoh sahih adalah kedatangan nabi Muhammad yang juga disebut di dalam taurat.
Sebenarnya,ada panduan untuk kita berinteraksi dengan perkara israeliyyat ini..silalah berkunjung ke blog ini, untuk bacaan yang lebih ilmiah daripada panelis sendiri..
Akhirnya,dari saya,berhati-hatilah dengan perkara Israeliyyat. Dan bagi kita orang awam yang tidak mengkhusus di bidang agama, bacalah alquran dengan terjemahannya. Bagi yang ingin mendalami lagi, bacalah tafsir(terjemahan dan huraian)..antara kitab tafsir yang dicadangkan oleh panelis adalah Tafsir Azhar tulisan Prof. Hamka dan tafsir Ibnu Kathir. Keduanya terdapat dalam bahasa melayu.
berhati-hatilah dengan israeliyyat.
Dari saya,hamba dhaif,segala teguran amat amat di alu-alukan.Jzkk.
link facebook sahabat ana: sini
Nota 1:
Ana baru download browser baru.. hehe.. nampaknya berkesan utk buka blog... selalu pakai explorer and chrome tak dapat buka.. huhu...
salam kak..napa blog akak kena block?
ReplyDeletewslm.. usm dlm proses memperbaiki sistem wireless.. x pasti apa sbb kena block.. cuma ramai antr kwn2 kak pun dah x boleh post.. yg pastinya, dgn sistem wireless yg baru ni, lagi byk site akan diblock..
ReplyDeletejadi guna browser apa ni?? hehehe
ReplyDeleteguna firefox.. tp x dpt sudah balik buka.. huhuhu... sy buka illegally.. x bleh edit2/letak gambar...
ReplyDelete**hahaha... nama tu bah.. membawa maksud! cahayasemulajadi..
Kisah nabi Daud pula diceritakan semasa baginda sakit, apabila ulat yang berada di kepala baginda terjatuh ke tanah,.....
ReplyDeleteRasanya kisah nabi ayub.... Bukan nabi Daud