Friday, October 15, 2010
10:57 AM
"God does not exist"
"We can't see God!"
Katanya dengan tegas..
Saat itu, kami sekelas sedang berbincang tentang kewujudan makhluk asing.
Ini secebis kisah..
"Do you believe alien is exist?" Soal guru Bahasa Inggeris ana. Bertanyakan pendapat beberapa orang pelajar.
"I don’t believe. Because it is something not proven… Have you seen an alien before??" Soalnya kembali, mahu menarik perhatian kami untuk berbicara.. Kami semua menggelengkan kepala.
Tiba-tiba seorang pelajar cina mencelah,
"You don't believe the alien exist because you haven't seen it, so that do you believe God does exist?"
"We can't even see God!"
Ana diam.. Mendengar.
The Indian teacher (a non-muslim) answered..
" Alien and God are different. We can feel the existance of God.. Because we experience it.."
"Like the air.. We know there is an air surround us, we can feel it, we experience it. But we can't see it.."
Beberapa ketika mereka berdebat. Ada saja yang menjadi persoalan pada gadis cina tadi..
Tapi hanya ini yang mampu ana ingat sepenuhnya.. Selebihnya, half-half..
Debate yang terhasil secara tidak langsung: The existance of Alien, Ghost and God.
Gadis itu masih belum puas hati, lantas teacher bertanya pada semua; pada pendengar yang setia..
"Who had seen an alien before?"
No one answer..
"Who had seen a ghost before?"
No one answer..
"Who believe in God? Who feel God does exist? Who experience that God is exist?"
Semua mengangkat tangan kecuali seorang; Gadis cina tadi..
"See, I win!" Teacher tersenyum. Mungkin merasakan kemenangan berpihak padanya..
Ana hanya diam membeku, bersama hati yang hangat membara dengan seribu jawapan.. Mahu berbicara, tapi tak terluah..
Huhu.. I should improve my English. I MUST. I can't debate something in English. How guilty I feel.. Become a Muslim but can’t explain any to her..
Dua hari ana fikirkan peristiwa ni.. Dua hari ana diserang rasa bersalah. Dua hari ana rasa geram pada diri ana.. Huhu.. Tapi segala yang berlaku ada hikmahNya kerana Allah adalah punca segala sesuatu.. Barulah terhasil tulisan ini untuk muhasabah diri.. Ana rupanya masih terlalu kurang ilmu..
Ana mahu cari cahaya. Cahaya ilmu. Biar terang hati ana..
Pada sahabat ana yang bertanya, cahaya apa yang ana cari, inilah antara cahayanya.. Cahaya-cahaya yang penuh dengan redhanya.. Bukan lampu-lampu dari ciptaan manusia.. Tapi cahaya original..
Picture taken from iluvislam
Ana sertakan kisah ini yang ana jumpa dari blog seorang teman.. Buat pedoman diri.. Agar diri berfikir lalu menghasilkan zikir (ingat pada Allah).. Mudah-mudahan redhaNya sentiasa ada pada insan-insan yang mencari cahayaNya..
Seorang lelaki berdebat dengan sekumpulan orang yang tidak mengakui kewujudan Tuhan dan menyatakan alam semesta ini terjadi secara semula jadi. Setelah lama berdebat, lelaki itu meminta agar perdebatan itu diakhiri dan meminta ia disambung pada waktu yang lain. Dia juga meminta agar beberapa orang saksi diundang agar mereka dapat menilai pendapat siapakah yang paling benar.
Setelah tiba waktu yang dijanjikan, lelaki Muslim itu tidak datang, dan ramai yang hadir mula mencemuhnya. Sekian lama menunggu, akhirnya lelaki itupun muncul lalu berkata.
"Maafkan saya sebab terlewat. Bagaimanapun saya mempunyai alasan mengapa saya lambat. Kamu semua tahu bahawa saya tinggal di hujung bandar ini, antara tempat saya dengan tempat ini ada sebatang sungai, saya terpaksa menaiki perahu untuk menyeberang dan sampai ke sini. Tetapi tadi tidak ada perahu yang boleh membawa saya ke sini, sebab itulah saya terlambat."
Orang ateis bertanya,
"Bagaimana kamu boleh sampai ke sini jika tidak menggunakan perahu??"
Jawab lelaki muslim itu,
"Semasa tercari-cari perahu untuk dinaiki tiba-tiba sekeping papan terapung di sungai berhenti dihadapan saya, kemudian datang lagi beberapa keping papan yang lain lalu melekat dengan sendirinya, lepas itu, dari dalam sungai timbul pula beberapa utas tali mengikat papan-papan itu untuk membentuk sampan kecil, orang yang berada di tepi sungai itu tiba-tiba melemparkan gam untuk menutup rongga-rongga papan sehingga menjadi kukuh dan tidak dimasuki air. Akhirnya saya berjaya menyeberangi sungai dengan menggunakan perahu yang terjadi dengan sendirinya."
Mendengar kata-kata lelaki muslim itu, sekumpulan ateis itu berang lalu berkata,
" Celaka kamu, adakah kamu cuba memperbodohkan kami!!? kamu sangka kami sebodoh itu untuk mempercayai kata-kata mu itu!! "
Jawab lelaki muslim itu,
"Kalau begitu, kamu semua juga bodoh dan rugi kerana tidak menggunakan akal. Kamu menolak dan tidak mempercayai kejadian sebuah sampan kecil secara semula jadi, tetapi mahu menegaskan alam yang besar ini boleh wujud dengan sendiri tanpa ada yang menciptanya, apakah yang lebih sukar untuk dipercayai , terjadinya alam semesta secara semula jadi, atau terbinanya sebuah sampan kecil secara semula jadi???"
Fikir-fikirlah.. Biar fikir itu menghasilkan zikir… (Adaptasi dari kata-kata Ust Pahrol Juoi)
Nota hati 1:
Mudah-mudahan akan terbuka hati gadis ini untuk mencari kebenaran disebalik konsep berTuhan. Kebenaran itu nyata, pasti akan terlihat oleh orang-orang yang membuka mata hatinya.. Moga Tuhan yang Maha Benar beri cahaya hidayah padanya..
No comments:
Post a Comment