Wednesday, August 4, 2010

Selamat Hari Lahir


Detik demi detik berlalu.
Hidup semakin lama, Mati semakin dekat.
Degup jantung yang bernada pasti akan berhenti.

DariMu aku datang, kepadaMu aku kembali.

Sesungguhnya,
Aku bersaksi,
Tiada Tuhan selain Allah,
Muhammad itu Pesuruh Allah.

Izinkan aku,
untuk menjadi hambaMu yang solehah..

Untuk Umi
Terima kasih atas segala pengorbananmu,
sungguh, takkan mampu kubalasi.
ku pohon redhamu umi.

Untuk Abah
Terima kasih untuk segalanya,
biar sejuta peluru ujian melanda,
akan kugalas dengan tabah.
Ku pohon kemaafan darimu.

Untuk adik-adik, keluarga, sahabat 
TERIMA KASIH
Kasih sayang kalian, buatkan diri ini lebih teguh.

4 Ogos 1988
22 Tahun telah berlalu

SELAMAT HARI LAHIR



tak ada kek, gambar pun jadi laa.. hehe..

2 comments:

  1. slmt hari ulang thn. ya. tua dah. 22 Tahun belum b'lalu. Ia baru b'mula.

    takde kek. takpe. jgn jdkan kek sbg medium hari ulang thn. jdkan doa sbg medium utk keredhaan bg menempuh dunia yg sentiasa bputar.

    Happy anniversary day.

    Smg dilimpahkan kurnia & sentiasa dberkati. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. syukran jazilan.. (",)

    ReplyDelete