Friday, March 23, 2012

Tinta Maya


Ini post kedua hari ni.. hehe.. terlebih semangat pulak hari Jumaat ni. Tadi singgah2 di blog-blog sahabat2. 

Nak kongsi. Ada satu blog ni.. Nama dan tema blognya saja sudah menyentuh pandangan mata. Terus menusuk ke hati. Fikiran saya pun terus kacau bilau memikirkan apa yang telah terluah di teratak SuteraHikmah ini sejak dulu kala..

Adik Syed , kak ambik picture buat kenangan.. biar tema ni terus hidup buat saya dan insan-insan yang membaca terfikir dan berfikir.  =)

http://mindaislah.blogspot.com/

Tulisan akan terus hidup dan berkata-kata walaupun setelah kita mati.. 

maka, wajarlah kita berwaspada dengan setiap kata-kata yang kita tulis di alam maya kan..?

cuba kalau kita kritik orang or mengumpat orang or menghina orang. sampai bila2 kekal dalam alam maya ni selagi kita tak padam. Kalau dah mati, siapa yang nak padam kan?

huuu~ sama keadaannya macam gambar-gambar yang mengundang dosa  di-upload dalam jaringan tanpa wayar ni.. @_@

you know, DANGER !! Hazardous for our afterlife..

So, the point is - Think Before We Act. 

Berfikir bukan guna hati dan fahaman sendiri saja. Tapi, kita ada Al Quran, Sunnah dan Ijmak ulama untuk panduan..


No comments:

Post a Comment