21 Jun 2010
Pada tarikh ini secara rasminya ana pindah rumah. Hari-hari pada bulan Jun ini ana sibuk dengan perkataan 'KEMAS'. Bukanlah diri ana yang diperkemaskan, tapi tempat tinggal ana.
Diri ana?? Huhuhu.. Sudah kurang terurus. Malahan, ana lupa untuk check result exam. Bahkan lupa mengambil berat tentang subjek apa yang harus ana ambil untuk semester yang akan datang. Bila saja menerima mesej daripada beberapa orang kawan, baru ana tersedar. Betapa ana telah melupakan alam universiti. Hihi.. Wahh!! Ana sudah bergelar pelajar Tahun 3. Gelaran ini benar-benar membuatkan ana takut untuk berhadapan dengan realiti. Semakin banyak perkara yang harus ana ambil berat.
Keluarga. Akedemik. Kerjaya. Masa Depan. Segalanya berlegar dalam kepala ana.. Aduhh..
Tapi, kita yang bergelar hamba, hanya boleh merancang. Allah akan tentukan. Yang penting, kita sedaya upaya memperbaiki kehidupan kita sebagai khalifah.
Tempat tinggal baru ana merupakan rumah guru SMK Mat Salleh Ranau. Bekas penghuni sebelum keluarga ana benar-benar meninggalkan rumah dalam keadaan yang amat tidak terurus. Haiiii… sampai sekarang kerja pembaikan belum selesai.. Keluarga ana jadi sakit berikutan keadaan rumah yang agak kotor semasa kerja pembersihan..
Mantap benar penghuni lama rumah ni.
Besi-besi yang buruk dikumpul dari dalam dan luar rumah. Pakcik ana jual dan dapat lebih RM500! Lagi satu, surat khabar lama. Kalau disusun bertingkat, hampir sama tinggi dengan ana! Nasib saja Ranau tidak ada kilang mengitar semula kertas. Kalau tidak, sudah lama dijual.
Selesai urusan pindah rumah, ana terus menawarkan diri ana untuk membantu dalam pameran buku dari sekolah ke sekolah; ana mengembara mencari si ulat buku. Daripada duduk menghabiskan masa di rumah, baik ana keluar mencari pendapatan.. Hehe.. Tapi ana tak dapat tunaikan janji untuk melukis mural dinding di tadika mak cik ana. Ana mabuk cat, lantaran 2 minggu tak henti menghidu pelbagai bau cat semasa kerja pembaikan rumah.
Ini sekolah2 yang ana sempat pergi;
SK Nalapak
SK Matupang
SMK Matupang Jaya
SK Kundasang
SK Kilimu
SMK Lohan
mengikut perancangan, sekolah seterusnya adalah SMK Ranau, SMK Mat Salleh (tempat ana tinggal sekarang), & bekas sekolah ana, SMKA Mohamad Ali. huhu.. tapi ana sudah kembali ke USM. Nampaknya, itu saja rezki ana. Apapun, segala pengalaman yang ana lalui, semuanya berguna. InsyaAllah.
haaa.. nanti kalau ada siapa2 bakal cikgu yang posting ke sekolah di Ranau, contact ana. confirm tak sesat... haha.. (iya ka tu??)
Itu saja laporan ana. Entah kenapa ana rasa ingin post juga.. Walhal, tidak ada apa2 yang boleh memberi manfaat kepada orang lain dalam post ini. Tapi, ana mungkin boleh kongsi beberapa nasihat, InsyaAllah berguna.
Nasihat 1:
Tak kira diri sesibuk mana pun, jangan lupa mengambil berat tentang tubuh. Kerana bila ia sakit, segala kerja yang dilakukan jadi tidak efektif.
Nasihat 2:
Jangan menyusahkan orang lain atas kerosakan yang telah kita lakukan. Kalau tak mampu kembalikan kepada yang asal, lakukanlah yang termampu. Jangan bilang tidak perlu buat apa-apa!
Nasihat 3:
Jangan suka buang sampah merata tempat! Terutamanya bahan yang tidak boleh lupus.
No comments:
Post a Comment