Saturday, June 12, 2010

10 Hari Mengenal Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah ana masih berpeluang untuk melihat alam yang maha luas ini.. Syukur ke hadratNya kerana ana berpeluang lagi mengembara dan menuntut lebih banyak ilmu serta berkongsi dengan lebih ramai insan. Kembara ana kali ini ke kawasan pinggiran pantai Sabah.

Bermula di daerahTawau di SMK Balung,
Kemudian berkelana ke daerah Semporna di SMK Datu Panglima Abdullah dan SMK Bugaya
Lalu meneruskan lagi kembara ke SMK Sepagaya di daerah Lahad Datu
Dan akhirnya menutup tirai kembara di daerah Kunak di SMK Kunak dan SMK Kunak Jaya.

Alhamdulillah… projek ini mampu berjalan dengan jayanya.. Malah pelbagai program sampingan yang memberi sejuta makna pada ana.

Bak kata pepatah;

Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman.

Tambah lagi satu kata-kata; (^_^)

Pengalaman itu merupakan guru yang amat berkesan. Adakalanya menyakitkan dan adakalanya menyenangkan. Walaubagaimanapun ia tetap memberi kesan pada hati, maka itulah ilmu yang amat bermakna dan mudah diingati. Setuju? Hihi..

Okey, kita kembali kepada tajuk utama… 10 hari mengenal cinta.

Hahahaha… tajuk ja gempak. Bukan ada apa pun… saja ana pilih tajuk tu.. Sebab sepanjang kembara 10 hari, ada saja cerita cinta yang kedengaran.. Dan pelbagai jenis cinta..

Cinta pada Yang Esa
Cinta pada Ibu dan Ayah
Cinta pada seseorang.. Yang entah siapa.
Dan beberapa lagi kisah cinta yang sukar ditafsirkan..

Cerita cinta yang pertama, kami masukkan sedikit sebanyak dalam modul ceramah yang diketuai oleh senior Hafzan. Cerita cinta yang kedua, saudara Sharul yang menjadi kepalanya, kemudian keduanya dibantu oleh semua fasilitator termasuk ana. Hehe.. Penggunaan ayat bukan main lagi…

Malah kisah-kisah cinta itu bukan saja berkesan pada adik-adik pelajar, tetapi juga pada fasilitator yang hadir. Menitis juga mutiara jernih dari mata ana Huhu..

Cerita cinta ketiga?? Waduhh.. Yang ini usah dibongkar.. Banyak sekali ceritanya.. Termasuk kisah cinta persahabatan. Hinggakan ada yang menangis kerana setelah 10 hari bersama mengharung suka duka, akhirnya terpisah mengikut destinasi masing-masing..

10 hari bukanlah tempoh yang singkat untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab dan mengembara dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Pelbagai hubungan tercipta. Mungkin boleh jadi, 10 hari mengenal cinta. Hahaha.. Oppsss.. Terlebih sudah!

Tapi, mudah-mudahan segala rasa yang tercipta, adalah rasa yang diredhaiNya, Pencipta Segala Rasa..

Terima kasih yang amat pada Universiti Malaysia Sabah kerna sudi memberi pinjam bas untuk 10 hari. Serta 2 pemandu bas yang prihatin dan happy go lucky, yang tak kisah bersama-sama kami menghadapi pelbagai dugaan terutamanya ketiadaan air di asrama sepanjang sekolah-sekolah yang kami singgah.. Haha..

Tiada air, benar-benar satu dugaan bagi kami yang sentiasa menerima rezeki air dengan melimpah ruah. Baru terasa betapa nikmatnya air. Betapa selama ini kami menyiakan keberadaaan air. Huhu.. Itu namanya tak bersyukur! Ada air melimpah ruah, bukan bermaksud boleh membazir…

Haa.. Itu satu pengajaran agar kita lebih beringat.

Kembali pada cerita tentang projek ini. Projek Kembali Ke Sekolah.
Program ni diketuai oleh Kak Aslina. Dibantu oleh Baharudin. Ana pula S/u 2. Banyak pula kalau mahu disebut satu2..

Ana malas nak berceloteh panjang… oleh itu, ana sertakan gambar2 sajalah.



Mural dinding yang dilukis di SMK Balung. Huhu.. Percubaan pertama yang tak berapa menjadi. Tapi nampak cantik dalam gambar kan?? Heee… (Arthur, pinjam muka ya.. Hihi)



Unik dan kreatif. Piala bagi Johan Karnival Sukan Lasak SMK Balung. Hihi… pertama kali jumpa piala aneh macam ni.



Haa… ini di puncak Bukit Tengkorak Semporna. Pemandangannya, Subhanallah.. Cantik tak terkata. Ana nak tulis pun belum tentu orang yang baca boleh imagine. Di bawah batu-batuan tu ada padang rumput yang luas. Macam dalam cerita Hindi pun ada.. Hehe…



Hmm… Ini sesi perkongsian pengalaman daripada bekas pelajar sekolah.



Hahaha… ini adalah putu. Sejenis makanan orang Bugis.. Eh, Bugis ka Bajau? Alamak! Hihi.. Sorry2.. First time ana jumpa dan rasa benda ni..

Ada lagi satu jenis makanan yang first time ana jumpa. Ikan mentah dibuat acar macam umai (di Sarawak), tapi orang Bajau di sana panggil Kilau. Wahaha… ana berkali-kali minta tuan rumah ulang perkataan tu.. Sebab dalam bahasa ana (Dusun), Kilau bererti semut.. Hehe.. Lain bangsa, lain bahasa, jadi lainlah ertinya kan?? Hihi..





Bersama pelajar tingkatan 5 dan 6 SMK Bugaya. Time ni ana diberi kepercayaan untuk handle sesi ceramah motivasi. Eh, Prof Afzan kata bukan sesi ceramah tapi perkongsian.. Hihi.. Ada beza ka??




Dua orang sahabat ni benar2 menarik perhatian. Seorang bernama Ezam, dan sorang lagi bernama Sasi. Wah! Tindakan berani. Hihihi.. Very nice. Semoga persahabat tetap berkekalan dan berjaya dalam PMR.



Aina ana? Mana ana? Hehehe… Tersembunyi di sebalik ketinggian para insan.. Haha..

Okeylah.. Itu saja dari ana.. Kalau ikutkan hati, penuh teratak SuteraHikmah ini dengan gambar. Tapi biarlah berpada-pada kan.. Hehe…

Mohon diampun andai ada tersilap tulis apa2..

Nota 1:
Alhamdulillah… Segala Puji Bagi Allah yang memberi keizinan.. Mudah-mudahan pelajar-pelajar dari 6 buah sekolah yang terlibat mendapat manfaat..

Nota 2:
Perjalanan dari tempat ana (Ranau) ke Tawau sepatutnya kurang dari 10 jam. Tapi.. Pada hari kembara bermula, perjalanan kami bermula dari jam 11 pagi dan sampai ke destinasi jam 3 pagi! Wah, 17 jam! Kalau dicerita pengalaman itu, aduii… tapi biarlah.. Ana simpan untuk tabung bicara. Lain kali baru cerita.. Hihi..

Nota 3:
Harap dapat buat projek seperti ini lagi… InsyaAllah.. Terutamanya Ranau.. Besar bah Ranau ni untuk diteroka.. Hihi.. Tambah lagi satu, cuacanya tak sepanas Tawau, LD, Semporna & Kunak.. Hee..

Nota 4:
Wahai angin, sampaikan salam kerinduanku pada sekolahku; SMK Agama Mohamad Ali.. There is something I really miss.. Uhuk uhuk.. (^_^)







No comments:

Post a Comment