Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah yang masih meminjamkan nafas ini kepada ana. Kerana izinNya, dapatlah ana mencoret sebuah bingkisan pada teratak SuteraHikmah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Maha Suci Allah, yang masih membenarkan ana untuk menulis dan mengetuk papan kekunci pada ruangan maya ini.
Lama rasanya blog ini sunyi tanpa celoteh ana. Lagi dua minggu exam akan mula. Tapi ana masih terdetik untuk mencoret pd kanvas maya ini.. Hehe.. Ada saja waktu kalau hendak mengelak untuk study.. Huhu.. Ana agak malas nak buka buku. Tapi, buka muka buku selalu pulak! Adoiii…
Banyak belajar subjek berkaitan physics semester ni. Dan semestinya 70% merupakan ilmu baru bagi ana. Terumanya accounting & finance. Tanpa apa2 asas, ana terus melangkah ke stage 2. Hasilnya? Hahaha.. Ana dapat average 40% utk semua kuiz… huhu.. Tambahan pula, 1 semester ni, ana hanya pergi 1 kuliah saja! Betul2 cari nahas.
Okeylah.. Lain pula ana merapu ya.. Tajuk post ini sangat simple. Pulau Pangkor. Hehe..
Baru-baru ni ana pergi ke Pangkor. Bersempena penghargaan pd sekretariat EKSPEN 2010, Timbalan Naib Canselor bagi peruntukan utk bercuti 2 hari 1 malam di Pulau Pangkor. hehe.. Best sangat. Dapat melupakan segala kesibukan fikiran ana. Walaupun sebenarnya pada awalnya ana agak kecewa. Sahabat ana tiba2 menarik diri. 30 minit sebelum bertolak! Huhuhu.. Ana sedikit kecil hati.. Hampir saja meletakkan semula beg pakaian, membatalkan hasrat kerana ana tak rapat dengan warga EKSPEN yg lain. Namun, janji perlu ditepati, kata harus dikota. Takkan kerana dia seorang ana perlu mengecewakan pihak pengurusan yang telah sediakan semuanya.. Membazir nanti. Penginapan, tiket feri, makanan dan segala aktiviti di pulau itu telah dibook dan dibayar.
Banyak perkara yang boleh dicelotehkan.. Hehe.. Tapi ana perlu tapis juga.. Nanti entri ini terlalu panjang.
PERTAMA, Subhannallah… ciptaan Allah itu sungguh indah. Laut, ombak, pokok, pantai, langit.. Semuanya membisikkan rima semulajadi. Amat merdu. Ana memandang sepuas hati. Cuba untuk merakam setiap panorama yang ana lihat. Sudahlah ana tak memiliki kamera.. Sabar je lah.. Terpaksalah merakam dengan memori.
ini gambar batu berbentuk kepala ikan paus, ambil dari internet je..
Tapi, batu ni mmg wujud, pemandu tu bg tunjuk b4 ke tapak water confidence.
KEDUA, aktiviti water confidence & snorkeling. Hehehe.. Aktiviti paling best. Hentamlah kalau muka sunburn, yang penting ana dapat rasai pengalaman itu.. Hehe.. Semasa water confidence tu kedalaman laut hanya mencecah 2m. Ana belajar mengawal penggunaan life jacket. Belajar baring di permukaan, berenang, kawal badan supaya tak tunggang terbalik dan banyak juga taktik yang ana pelajari..
Teringat pula ana semasa 1st time buat water confidence. Ana tenggelam! Ana tak pandai seimbangkan badan. Cuma berpaut pada rakan2 sekekeling. Masa tu program di Bukit Merah. Best.. Memang best.. Semuanya pengalaman.. Hehe.. Seronok bila dikenang.
Ok, tinggalkan masa silam. Cerita snorkeling pula.. Alhamdulillah, Allah mengizinkan ana untuk menatap sendiri dengan mata kasar pada keindahan dasar laut. Tapi tak dalamlah, hanya dalam kedalaman lebih kurang 3m. Ana dapat lihat ikan2 yang malu-malu bersembunyi disebalik batu karang. Ada pelbagai warna. Yang paling banyak, warna hitam dan kuning. Comel-comel semuanya.. Selalunya ana tgok dalam TV atau akuarium, kali ni lihat dan rasa dengan sendiri.. Hehehe…
Tapi gerakan ana agak terhad, kerana tak berapa tahu cara nak guna goggles (itu ke nama benda alah tu?? Heee.. Tak tahu). Dan tak tahu nak guna alat pernafasan tu. Lagipun, ana rasa sesak dada bila bernafas dalam air..
Ada 1 peristiwa sebelum start beraktiviti.
"Semua kasut dan selipar, sila tinggalkan dekat sini.." Arah si Tukang Arah. Hehe.. Kami pun berpusu-pusu buka alas kaki. Tak sabar nak naik bot.
"Aik.. Nak snorkeling pun pakai stoking ke??" tanya seorang lelaki pada ana dan seorang kawan. Ana tengok kaki ana.. Stoking kelihatan sedikit comot dicemari oleh pepasir pantai.
Dalam hati berbisik, 'ish orang ni, tak faham lagi ke? Snokerling bukan alasan untuk ana membuka aurat'.. Dia tak tengok lagi tangan ana. Ana masih kekal memakai handsock..
"kenapa? Ada masalah ke?" pertanyaannya ana balas dengan pertanyaan juga.
"Takdelah.. Tapi risau tengok stoking tu. Nanti kalau air bertakung, susah nak angkat kaki. Nampak macam kalis air.." lebih kurang begitulah jawab orang yang bertanya tadi.
Ana rasa geli hati mendengarnya. Stoking kalis air?? Hahaha… tak mampu ana bayangkan..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas hikmah yang diberi. Stoking itulah yang menyelamatkan ana daripada luka teruk terkena batu karang. Selepas snorkeling tu, ramai khususnya perempuan yang luka tapak kaki. Huhu.. Bukan setakat luka biasa, tapi koyak! Waaa… tak sanggup ana tengok tapak kaki mereka. Nasib baik tak dalam sangat. Ramai perempuan yg kena coz dorg berpaut pada batu-batu ditepi pantai. Yang mana dasar laut hanya dalam 1m lebih. Dan ramai yang tak tahu guna goggles. So, tak tengok apa yang ada pada dasar laut. Ana tengok, di tepi itulah banyak batu-batu karang dan bekas-bekas kerang yang telah mati tapi masih melekat pada batu di tepian pantai. Kalau tersilap pijak.. Huhu.. Sakitnya memang tak terasa semasa berada dalam air. Tapi setelah naik ke darat.. Huhu..
KETIGA, BBQ dinner. Hehe.. Ana paling suka bab makan.. Hahaha… ana tak sentuh langsung ayam pd malan itu. Semuanya ikan.. Waaa.. Best-best.. Entah ikan apa.. Ana makan je.. Lepas tu acara karaoke… Ana buat apa? Hahaha.. En. Azmi mewajibkan setiap department untuk menghantar wakil. Huh! Dah lah ana ketua department! Tapi ana kekal untuk berkata tidak! Huhu.. Pujuklah macam mana pun. Ana tak akan hantar wakil. Ringkaskan cerita, lagu pertama dan kedua masih lagi ana memberi sokongan. Ikut je yang lain-lain tepuk tangan. Kemudian, ana mula tersengguk2 di atas meja.. Hahahaha… ana berkali-kali melihat jam dengan harapan saat untuk balik bilik tiba. Nak balik macam tu saja.. Tapi ada penyampaian sijil dan hadiah pada akhir aktiviti. Huhu.. Tak bleh lah ana pentingkan diri, semua pun keletihan.
Pada hujung aktiviti, ana dapat cabutan bertuah. Hehe.. Dapat coffee maker. Hadiah ana lah paling besar dan canggih antara semua.. Hehe… yang lain banyak dapat voucher hotel, koperasi USM & alumni Hi-Tea.. Sebenarnya, dorg ni lagi bertuah, dapat hanya sehelai kertas, tapi hadiah sebenarnya lumayan. Entah bertuah atau tak, ana terpaksa usung coffee maker tu sepanjang perjalanan pulang.. Aduiii..
Oppss.. Terlebih sudah.. Ini sajalah dulu.
Nota 1:
Perasan tak? I'm using 'ana' instead of 'aku'.. Hehe.. Lama ana tak guna perkataan ini. Padahal, pada coretan-coretan dulu (sebelum terbinanya teratak SuteraHikmah) ana kerap bahasakan diri ana sebagai 'ana'. Tapi hanya pada tulisan. Perkataan 'saya' takkan mampu diubah kepada perkataan lain apabila berbicara.. Haha..
Nota 2:
Boleh ke coffee maker dibawa masuk sebagai hand luggage dlm flight? Huhu.. Ana tak tahu nak buat apa kalau letak di hostel. Daripada guna coffee maker, baik ana guna 3 in 1. haha.. Cepat & mudah.
Nota 3:
Time naik bot, abang bot tu bagi tengok dua pantai yang bercantum tp berbeza pasir. Tapi ana lupa nama pantai tu.. yang satu, pantainya berwarna putih. sangat putih.. lagi satu warna coklat muda.. 2 pantai itu hanya dipisahkan oleh batu2an. Subhanallah.. indah dan ajaib sungguh.
Nota 4:
Exam lagi 2 minggu. Amani! Belajarlah..
Nota 5:
Stoking yg ana guna time masuk laut dah koyak rabak.. ehehe.. nasib baik kat tapak je..