Kita Ada
Terang mentari memancar sinar
Lembut bayu segar bertiup
Damai ombak berlagu irama
Segar udara penyaman suasana
Segalanya membuatkan kita rasa bahagia,
Rasa tenang,
Rasa senang,
Syukur,
Kerana kita ADA merasainya.
Ada mata untuk melihat,
Ada hidung untuk bernafas,
Ada tangan untuk menyentuh,
Ada kaki untuk melangkah,
Ada segala macam lagi nikmat
Pinjaman dari ALLAH.
Maka benarlah kata Tuhanku;
"Maka Nikmat TuhanMu yg manakah kamu dustakan?"
Ar-rahman.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala Puji Bagi Allah yang telah menciptakan Bumi dengan begitu indah agar kita boleh menikmatinya. Malah menciptakan pancaindera untuk kita agar dapat merasai segala kenikmatan yang sungguh, takkan ada manusia akan mampu meniru ciptaanNya. Ana bersyukur kerana masih lagi bernafas untuk menghirup kesegaran udara. Syukran Ya Rabb. Sesungguhnya, tiada Tuhan melainkanMu yang layak disembah.
Alhamdulillah, ana masih berpeluang mengembara di bumi tempat ana berpijak ini. Kembara kali ini adalah inisiatif rakan2 sendiri. Lagi seminggu final exam, tapi minda tetap rancak memikirkan rancangan. Hehe.. Pengarah program kali ini adalah teman ana, Intan.
Kebetulan pula masa kami pegi, ada ekspo sdg diadakan.. Hehe.. Bertuahnya..
*****
Ana tak ingin bercerita panjang, tapi kalau ada siapa2 yang inginkan info lebih, boleh saja bertanya..
Ana ringkaskan cerita;
USM - Komtar (Rapid 101) - Taman Negara Pulau Pinang [hiking: Taman Negara - MukaHead - Mongkey Beach] - Komtar(Rapid 203) - USM
Kos naik bas dalam RM10.
10 orang naik bas + 7 orang naik motor.
Kos penggunaan di taman negara? Ehee.. Hanya Rm6. Itupun sebab kami sewa 2 buah bot untuk ambil kami dari Monkey Beach kembali ke Taman Negara. Tak larat nak turun naik bukit semula yang mengambil masa 2 jam lebih… 1 bot RM50.
*****
ini baru gambar laut.. belum gambar hutan & pantai.. huhu.. tp tak byk gambar diambil masa masuk hutan.. tak bleh nak sembarang ambil..
Pemandangannya, Subhanallah.. Sungguh indah. Laut, ombak, pantai, langit, udara, pohon, pasir… segalanya makhluk al-Khaliq yang sentiasa tunduk dan patuh kepadaNya. Irama semula jadi yang indah. Memandangkan ana belajar di tengah pulau, maka laut lah jd pilihan utama. Walhal, ana dan teman2 ana teringin sekali bertemu air terjun, cuma belum berpeluang lagi. InsyaAllah akan cuba mengembara lagi nanti.. Hehe...
Tapi pengembaraan kali ini, kami masuk ke dalam hutan. Bertemu dengan monyet2 yang nakal. Hehe.. Ada seekor tu, tangannya kudung. Teman ana pun beri lah sedikit roti, monyet itu siap sapu dan bersihkan lagi kotoran pada roti itu. Huhu… baru kmi tersedar.. Kami makan tak basuh tangan pun.. Nampaknya monyet lagi pandai jaga kebersihan.. Huhu.. Tapi kemudiannya kami diserang oleh sekumpulan moyet.. Huaaaaaaaa… ramainya monyet! Semua nak roti juga. Aduhh!!
Ana rindu pada Ranau. Hidup di tengah2 kepulauan Borneo. Semestinya jauh dari pantai.. Tapi kaya dengan air sungai. Subhannallah.. Kewujudan alam ini membuatkan ana berfikir panjang.. Pada hikmah kewujudannya… Begitu besar fungsinya. Bukan hanya sekatat untuk tatapan umum, tetapi juga menyeimbangkan ekosistem alam. Cuba bayangkan… Laut tanpa ombak, pohon tanpa air, langit tanpa udara, tanah tanpa pohon... Semuanya memegang peranan masing2. Takkan lengkap kalau kurang satu.
Kesimpulannya, kita takkan mampu hidup sendiri tanpa pergantungan kan? Jadi, bergantunglah pada Allah. Tuhan yang Maha Tahu segala sesuatu.
Itu saja lah untuk kali ini.. InsyaAllah bertemu lagi pada lembaran akan datang..
Nota 1:
Ana banyak berjalan semester ini.. Sepatutnya ana tak masukkan cerita jalan2 ana dalam blog, tapi entah kenapa, rasa 'ingin' tetap ada. Jadi, ana ikut saja kata hati ana.
Nota 2:
Ana sedang bertungkus lumus menghabiskan pelajaran 1 sem dalam seminggu. Huhu.. Insan bernama pelajar ni, tak terkata kemampuannya.. Boleh percaya ke, pelajaran selama 1 sem, yang jarang diambil tahu, boleh dimasterkan dalam seminggu? Huhu.. Itu perli atau puji? Wuu~~ itu namanya; Study Towards Examination.
Nota 3:
Ana menanti 9 Mei 2010. hehe…
assalam , saya faizal dari uitm puncak alam. saya berminat untuk mengadakan aktiviti di taman negara. jika saudari berminat untuk membantu, hubungi saya. bantuan saudari amat2 saya hargai. ym:pejal_power@yahoo.com.my
ReplyDeletemaaf, sy dah lama tak check blog...
ReplyDelete