Tuesday, November 15, 2011

Andai Waktu Memanggil

by Opick ft Fira

Ya Rabbi beri kami
Cahaya penerang digelapnya hati
Jauh sudah langkah kaki
Lewati jutaan detik tak kembali
Ilahi ampuni kami
Dosa-dosa mewarnai diri
Hati lupa kadang terlena
Mimpi dunia menggoda sang jiwa

Andai waktu memanggilku
Berharap tersenyum di akhir masaku
Maafkanlah ampuni diriku
Hati ‘kan memohon di kemahaan-Mu

Tangan ini hati ini
Hari-hari berlalu ‘kan jadi saksi-Mu
Dan tak bisa ku sembunyi
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta

saat terhentinya nadi, kita takkan kembali...

Sunday, November 13, 2011

Pilihan Hati


Bukan tentang hati ana.. tapi tentang hati-hati kita... 
Bukan cerita dari ana... tapi baca dari link ini... 
hehe..



Muslimah..



Muslimah yang solehah
adalah yang menjaga diri dan hatinya
yang meletakkan Al Khaliq di atas segala sesuatu

Biarpun berkali aku jatuh
dari cita-cita sebenar
aku masih impikan untuk jadi yang solehah

bukan sekadar mimpi
bukan jua angan mat jenin
tapi hasrat yang lahir dari hati

walaupun jalannya panjang
walaupun jalannya berduri
walaupun jalannya pahit

aku mahu capai realiti
kerana realitinya sangat manis



ikrar yang semakin aku lupakan
sekalipun setiap hari aku mengulang dalam Iftitah solatku

sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku
adalah kerana Allah Taala

AllahuRabbi 
Astaghfirullah.. 

Tuesday, November 1, 2011

fyp Madness



Tengok tajuk pun dah boleh agak... kalau buat final year project (fyp) memang boleh gila.. huhu... Agak tertekan. eh.. salah. SANGAT tertekan. 

Jadi, bagilah ana releasekan tension di sini... Kalau nak cakap kat orang.. nanti ada yang bengang mendengar pulak.... Tak cukup orang tu tanggung masalah dia, then ana pulak tambahkan lagi beban.

Adakalanya rasa macam nak tinggalkan semua benda then tumpu pada fyp. Ya lah... dah fyp merangkumi 8 unit. Hancur fyp, hancurlah segala usaha sebagai Bioprocess Technologist. Teringat kata-kata pengurus rancangan;

"Dah start fyp, baru semua akan tunjuk perangai masing-masing. Siapa yang pentingkan diri.. Nanti kamu semua akan rasa.. mungkin sekarang kamu rapat... nanti kamu takkan tahu... "

huhu.. lebih kurang begitulah kata-katanya. Dan.. tekaannya adalah benar.

Tambahan pula ana dapat bahagian Reseacrh & Development of Bioproduct. yang ini 4 unit. (T_T)~

Bahagian yang menuntut ana berfikir dan bergerak seperti saintis. huhu...

Tahu tak... bagaimana tertekannya ana nak seimbangkan kedua ini: FYP dan Bioproduct. Both perlu baca dengan sangat banyak. But Then, after kita baca terlalu banyak tiba-tiba kita diserang oleh soalan2 yang tak mampu dijawab. Kita pun rasa, kita tak baca apa pun.. huhu... padahal kita dah tertekan memikir. Mungkin bacaan yang ana sangka banyak tu.. baru tahap SMK. Jauh lagi nak masuk tahap PROF. (=.=")

Ya lah... otak ana tak macam prof. Tak tahu kenapa.. dia buat semua jadi simple. Otak ana ni entah sampai mana limitation nya. Tak secerdas prof. So, janganlah korang bandingkan ana dengan dia.

Bantulah ana ni.. huhu..

Ana dah kurangkan jadual kerja ana..

Tanggungjawab yang ada, melebihi sepatutnya.. Mungkin ana perlu berkorban sedikit..

huhu... tahu tak?? sebenarnya ana sangat sedih~ (T_T) Entah macam mana nak cari duit makan nanti... Berkali-kali kawan yang lain suruh ana tukar part time job. Cari yang ada pendapatan yang lebih. Tapi, banyak benda juga perlu ana fikir... Masalah paling besar adalah Kenderaan. Siapalah yang sudi ambil dan hantar ana bekerja... So, kesimpulannya; untuk tidak menyusahkan orang lain.. ana buatlah keputusan tu..

Bila orang lain suruh berhenti kerja.. huhu.. Korang try lah ambik tempat ana... Mungkin boleh bagi solusi yang lebih rasional..

Time ni lah ana nak salahkan keluarga.. huhu... tapi mana boleh! Ana masih dalam proses ADAPTATION. Ya lah.. bertahun hidup mewah kan.. tiba-tiba semuanya ditarik balik. Allah dah pesan kan.. segala yang kita miliki hanya pinjaman.. Jangan terlalu benci.. jangan terlalu suka... 

Perlahan-lahan ana kena berdiri semula.. Ana kan anak sulung... harus kuat~ Chaiyook!!

Ya.. kena berdiri juga. Baru semalam ana potong nama-nama ana dalam jadual kerja. Sebab tak mampu seimbangkan diri ana.. Hampir jatuh.. Pura-pura kelihatan kuat konon... padahal dalam hati... ngeee... tak perlu lah diluah..

Sekarang, ana harus tumpu FYP dan Bioproduct sebagai ganti kepada kekosongan masa ana..

Tak apa.. nanti ana boleh cari duit lagi.. hehe..

*Okaylah... dah cukup luahan hati.. sekarang ana harus senyum...*

(^__^)
  

Ragu

Ragu

ragu untuk memberi
kerna takut kehilangan

ragu untuk melangkah
kerna itu mungkin bukan destinaku

ragu untuk memberi
kerna takut segalanya palsu

ragu untuk menerima
kerna tak yakin mampu kubalasi

ragu untuk memberi
kerna segala tentang kemudian adalah suatu rahsia

tapi sebenarnya,
dalam ragu, aku terima
dalam ragu, aku memberi
dalam ragu, aku yakini..

apakah akhirnya nanti,
akan terukir realiti,
seperti mimpi-mimpi..

Wallahu'alam.