Sunday, November 13, 2011

Muslimah..



Muslimah yang solehah
adalah yang menjaga diri dan hatinya
yang meletakkan Al Khaliq di atas segala sesuatu

Biarpun berkali aku jatuh
dari cita-cita sebenar
aku masih impikan untuk jadi yang solehah

bukan sekadar mimpi
bukan jua angan mat jenin
tapi hasrat yang lahir dari hati

walaupun jalannya panjang
walaupun jalannya berduri
walaupun jalannya pahit

aku mahu capai realiti
kerana realitinya sangat manis



ikrar yang semakin aku lupakan
sekalipun setiap hari aku mengulang dalam Iftitah solatku

sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku
adalah kerana Allah Taala

AllahuRabbi 
Astaghfirullah.. 

No comments:

Post a Comment