Jana Wang Dari Sampah
Its good to read this.. I found somewhere while searching an idea for product to be made in our community project this semester. One of our idea is using the kitchen waste to be a valuable product. After we run the project, later i'll show you how is it. It is an interesting project..
But unfortunately, I am the leader for food production.. We might be working on production of tempeh.. or maybe yogurt again.. huhuhu... we have done this before. Even it is interesting, but I'm really hoping to get involve deeply in production of baja compost..
Arghhh... whatever~ I'll be there to menyibuk a lot in the group who make baja compost.. haha!
Its my passion to do something I never do! Especially when i found it is interesting. So, please don't stop me~!
Okay~!! Back to the main topic..
What they do with all the rubbish ???!! (This is from akhbar Utusan Malaysia 2010)
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Dari segunung sampah yang busuk, jika dimanfaatkan dengan bijak dan kreatif, ia akan bertukar menjadi sumber pendapatan yang lumayan.
Kini sampah bukan lagi sekadar bahan buangan, sebaliknya ia boleh diproses menjadi sesuatu yang menguntungkan.
Di Malaysia, sampah belum dimanfaatkan dengan sepenuhnya berbanding di negara-negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun.
Mengambil contoh di Jepun, di negara matahari terbit itu sudah mempunyai lebih 2,000 insinerator (loji pelupusan sisa pepejal moden).
Namun, ia berbeza dengan negara ini yang belum mengadaptasikan penggunaan teknologi canggih tersebut.
Malah, usaha kerajaan untuk membina insinerator di Malaysia bagi mengurus pelupusan sampah yang berkesan suatu masa dahulu dipandang serong dan dibantah oleh penduduk sekitar, seperti yang berlaku di Broga, Semenyih pada 2004.
Sehingga kini, teknologi pengurusan sisa pepejal yang digunapakai di Malaysia masih di peringkat 'bertatih' dan seolah-olah memerhatikan sahaja negara-negara maju terus memecut laju dalam industri berkenaan.
Hampir kesemua sistem pengurusan sisa pepejal di negara ini masih menggunakan cara konvensional iaitu dengan menanam sisa berkenaan dan cara alternatif seperti kitar semula hanya seperti 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja.
Bagaimanapun, dalam kesuraman tersebut, muncul syarikat milik bumiputera yang menawarkan perkhidmatan dalam memulihara semula tapak-tapak sisa pepejal yang sudah 'mati' setelah beroperasi berpuluh tahun lamanya.
Syarikat berkenaan adalah Cypark Resource Bhd. (CRB) yang mampu mengubah tapak 'beracun' tersebut menjadi tanah yang bernilai tinggi pada masa depan.
Dengan teknologi dan kepakaran sendiri, syarikat-syarikat pengurusan sisa pepejal itu telah berjaya memulihkan sebuah tapak pembuangan sisa pepejal di Taman Beringin, Kepong, Kuala Lumpur pada 2008 dan kini tapak berkenaan menjadi tempat rekreasi penduduk setempat.
Di sebalik kejayaan syarikat berkenaan terdapat beberapa perkara yang masih perlu diperbaiki iaitu dari segi pengurusan sisa gas metin yang dihasilkan semasa proses pereputan sisa buangan dan juga teknologi rawatan air licik.
Secara purata, 20 tahun diperlukan untuk memulihkan sepenuhnya tapak pelupusan sisa pepejal dan sepanjang tempoh tersebut tapak berkenaan melepaskan gas metin.
Sayangnya gas bernilai tersebut dilepaskan begitu sahaja sedangkan negara maju menggunakannya untuk menjana tenaga elektrik dan juga untuk gas memasak di rumah.
CRB juga mampu merawat air licik sehingga menjadi jernih seperti air dan bebas daripada sisa toksik namun air berkenaan dilepaskan ke sungai tanpa sebarang usaha untuk dikomersialkan.
Menurut syarikat berkenaan, kekangan teknologi dan logistik menjadi faktor utama sumber bernilai tersebut dilepaskan begitu sahaja.
Namun begitu pujian harus diberikan kepada CRB kerana berani menerajui industri yang masih baharu di negara ini dan diharapkan menjadi perintis kepada syarikat lain untuk menghasilkan teknologi yang lebih canggih pada masa depan.
Di Korea, mereka memanfaatkan gas berkenaan yang dihasilkan oleh tapak pelupusan sisa pepejal Sudokwon dengan menjana 50 megawat tenaga elektrik, cukup untuk bekalan 180,000 rumah dalam tempoh sebulan dengan anggaran keuntungan AS$30 juta (RM94 juta) setahun.
Melalui pembentangan kertas kerja mengenai pengurusan sisa pepejal di Jepun, Dr. Chiaki Izumikawa dari Dowa Mining Co. Ltd. berpendapat, kitar semula sampah tertumpu kepada keberkesanan yang membawa maksud meminimakan pembuangan.
Malah, katanya, kitar semula sampah memberi faedah yang baik daripada aspek persekitaran serta sumber semulajadi.
Sebagai contoh, Izumikawa mendedahkan kajiannya mendapati kertas yang dikitar semula berupaya menjimatkan 40 peratus tenaga, 130 peratus bahan pembuangan dan 90 peratus pencemaran udara berbanding kertas yang dihasilkan daripada sumber semulajadi.
Bagi kes penghasilan aluminium, jika dikitar semula akan menjimatkan 90 peratus tenaga, 95 peratus sisa pepejal dan 90 peratus pencemaran udara berbanding menghasilkannya melalui bahan mentah asli.
Sementara penghasilan besi, jika dikitar semula dapat menjimatkan 60 peratus tenaga, 90 peratus sisa pepejal dan 30 peratus pencemaran udara.
Ketika ini negara-negara maju sudah bergerak ke arah teknologi hijau terutamanya aspek pengurusan sisa pepejal, oleh itu kerajaan perlu bangun untuk menyakinkan rakyat mengenai kepentingan teknologi ini.
Secara realitinya, insinerator amat perlu pada zaman ini kerana kawasan pembuangan sisa pepejal sedia ada menyebabkan pencemaran sukar dan semakin mengecil.
Persepsi orang ramai mungkin sudah berubah setelah didedahkan dengan pelbagai bukti kejayaan sistem baharu yang canggih dan tidak mustahil dengan perancangan yang betul, projek insenarator bakal muncul kembali, setidak-tidaknya di Lembah Klang.
Dengan menukar sampah menjadi sumber tenaga, masalah pelupusan sisa buangan dapat diatasi, negara menemui sumber tenaga elektrik baharu dan yang lebih penting negara akan berada di landasan yang betul dalam mewujudkan persekitaran lebih bersih dan hijau.
nota 1:
Jommm.... sokong kitar semula! kesian bumi kita...
No comments:
Post a Comment