Saturday, April 9, 2011

Kisah Kucing

Picture kuceng ambik dari Miss Google..

Alkisah, suatu ketika yang tidak diketahui masanya, seorang hakim lalu di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu hakim itu bertanya sebab dia memukul kucing tersebut. Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatu lorong dalam keadaan kesejukkan dan lemah. Ia mengambilnya dan memberi makan dan minum hingga ia benar-benar sihat. Tetapi setelah itu, kucing tersebut telah membuang najis merata-rata di dalam rumahnya.

Hakim tersebut berkata, "Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita. Dia memelihara kita daripada kecil dengan rezeki, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembali durhaka kepada Allah dengan meninggalkan suruhanNya dan melakukan apa yang dilarangNya. Tetapi Allah tetap memberi kita rezeki dan rahmatNya walaupun kita derhaka dan engkar. Dia masih belum menyiksa dan memukul kita."

Renung.. Tenung... Menung?? Jangan hanya termenung. Kerana dosa makin menggunung.

No comments:

Post a Comment