Thursday, November 11, 2010

Sebuah Wasiat

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Ya Allah, kurniakanlah hamba kekuatan iman.. Izinkan hamba untuk tersenarai dalam lingkungan para solihin..

gemersik rindu menyelubungi hati..
untuk Pencipta rasa rindu..
dan aku ingin, ia selalu untukMu..

No comments:

Post a Comment